Listen to Quran Online

Listen to Quran

Friday 3 June 2011

Pemuda lulus tiga usul, tolak usul tergempar

SHAH ALAM, 3 Jun : Terdapat 3 usul yang diterima untuk dibahaskan oleh sidang dewan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat semalam.

Usul pertama mengenai pilihanraya umum yang dibawa oleh DPP kawasan Hulu Langat telah ditolak setelah dibahaskan oleh sidang dewan muktamar manakala Usul kedua pula diterima dengan perbahasan tanpa pindaan oleh sidang dewan. Usul ini berkaitan pentadbiran PAS Negeri iaitu pengaktifan badan perhubungan PAS negeri yang diutarakan oleh DPP kawasan Lembah Pantai dan disokong oleh DPP kawasan Jerai.

Isu berkaitan kad pengenalan palsu yang dikeluarkan kepada warga asing dengan tujuan didaftarkan sebagai pengundi yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 yang akan datang merupakan usul ketiga yang dicadangkan oleh DPPP dan disokong DPP kawasan Miri.Ianya diterima majoriti sebulat suara oleh sidang dewan setelah dibahaskan oleh perwakilan dari Marang, Segambut, Shah Alam.

Mengulas isu tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat menjelaskan kepentingan pembentukan suruhanjaya diraja untuk menyiasat proses pemberian kad pengenalan kepada warga asing dan mengambil tindakan undang-undang dengan tegasnya kepada yang terlibat. Pemuda PAS digesa agar mendesak kerajaan melalui publisiti secara besar-besaran untuk mendapatkan perhatian masyarakat termasuk melalui Perhimpunan Bersih 2 di jalanan pada 9 Julai nanti.

Manakala usul yang diterima tanpa bahas pula mengenai tindakan bersepadu bagi menyampaikan maklumat secara berkesan kepada rakyat yang dibawa oleh DPP kawasan Kota Baharu. Satu lagi usul diterima tanpa bahas ialah untuk menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan subjek Pendidikan Agama Islam dijadikan mata pelajaran teras dalam peperiksaan SPM. Usul ini diusulkan ole DPP Padang Serai. 

Satu usul tergempar diusulkan oleh PAS Kawasan Batu yang mengutarakan cadangan supaya Ketua Lajnah Tarbiyah menganggotai Jawatankuasa Kerja Harian. Pengerusi tetap sebulat suara menolak usul ini kerana bersifat dalaman dan tiada kepentingan
dalam masyarakat awam.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Pusat 2011/12, Ust Nasrudin Tantawi telah menyampaikan Anugerah Khas Jasamu Dikenang berupa seutas jam tangan kepada:

1) Ust Azman Shafawi sebagai mantan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat
2) Ahmad Subky Yusoff terlibat dalam panitia Muktamar Penuh.
3) Zamansari Mohd Samad
4) Ust Wan Sukairi Abdullah
5) Ust Mohd Nuri Mat Yaakob
6) Tn Haji Zuraidin Abdullah
7) Dr Zuhdi Marzuki
8) Azreen Abd Majid
9) Ariff Syakur
10) Aris Awang

No comments:

Post a Comment